A swimming pool with inflatable toys shaped like a yellow duck, a black whale, and a black dolphin, located next to a house surrounded by trees on a sunny day.

Percutian keluarga

Di Ambong Pool Villas

Ambong Pool Villas adalah destinasi ideal untuk keluarga yang ingin mencipta kenangan yang takkan dilupakan. Villa kami yang luas sangat selesa untuk semua orang bersantai sambil menikmati keindahan alam tropika Langkawi yang tenang dan hijau. Lengkap dengan kemudahan mesra kanak-kanak, Ambong Pool Villas juga terletak berdekatan dengan lokasi tarikan pelancong yang lain. Jadi keluarga anda boleh merasai gabungan alam semula jadi, pengembaraan, serta kemewahan dalam satu pengalaman hebat.

Sama ada anda menghabiskan masa di kolam peribadi atau meneroka pantai dan hutan hujan yang berdekatan, Ambong Pool Villas menawarkan percutian yang selamat dan menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Masa bersama yang berharga

  • Villa yang luas dan selesa serta dilengkapi dengan kolam renang peribadi untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga

  • Destinasi yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga pilihan untuk menambah katil tambahan

  • Nikmati sarapan di Villa anda sambil ditemani suasana pagi yang tenang

  • Kedudukan yang berhampiran dengan tempat tarikan mesra keluarga serta pantai

  • Kemudahan untuk memesan makanan ke Villa dan pelbagai aktiviti tersedia untuk keselesaan anda

  • Dikelilingi oleh alam semula jadi untuk penerokaan dan pengembaraan luar  

A hotel room with a king-sized bed with white linens, a dark headboard, and a canopy with white curtains. There are two lamps on nightstands on either side of the bed. The room has a wooden floor, a red rug, and a small wooden bench at the foot of the bed. There is a seating area with a bench and multiple throw pillows in front of a large window that shows a view of a pool and greenery outside. The room features beige curtains, potted plants, a ceiling fan, and an air conditioning unit.
A bright bedroom with a view of lush greenery and water through large glass windows, featuring a bed with orange pillows, sheer white curtains, wooden accents, and a small bench.
A porch with two lounge chairs overlooking a natural landscape with trees and water, partial view of an infinity pool, and a glass door leading inside, during sunset.

Kenapa perlu membuat tempahan terus?

Tempahan terus dengan Ambong Pool Villas bukan hanya menjanjikan sekadar sebuah villa peribadi, tetapi anda akan dapat mendapat lebih dari itu - akses kepada servis personal, faedah istimewa kepada keluarga anda, dan banyak lagi. 

Dapatkan syarat tempahan yang lebih baik, kadar fleksibel, dan tawaran eksklusif yang tidak ditawarkan oleh platform tempahan yang lain. Kami sangat komited untuk memastikan keluarga anda mendapat semua yang diperlukan untuk penginapan yang selesa, dari cadangan yang dikhususkan untuk anda hingga layanan bertaraf premium di lokasi.